Kalkulator Loan
Perodua 2026.
Kira anggaran ansuran bulanan Perodua berdasarkan harga kenderaan, deposit, kadar faedah dan tempoh pembiayaan pilihan anda.
Kira Ansuran Perodua Anda
Pilih model dan varian Perodua, kemudian sesuaikan deposit, kadar faedah dan tempoh pinjaman untuk mendapatkan anggaran komitmen bulanan.
Bagaimana Ansuran Dikira?
Calculator menggunakan kaedah kadar rata sebagai anggaran awal pembiayaan kenderaan.
Tentukan Jumlah Loan
Harga OTR ditolak dengan jumlah downpayment untuk mendapatkan anggaran jumlah yang akan dibiayai.
Kira Faedah
Jumlah loan didarab dengan kadar faedah tahunan dan tempoh pembiayaan yang dipilih.
Kira Ansuran Bulanan
Jumlah loan dan anggaran faedah dibahagikan dengan keseluruhan bulan dalam tempoh pembiayaan.
Anggaran Komitmen Mengikut Tahun
Lihat ilustrasi principal, faedah dan baki pembiayaan berdasarkan input calculator anda.
| TAHUN | PRINCIPAL TERBAYAR | FAEDAH TERBAYAR | ANGGARAN BAKI |
|---|---|---|---|
| Pilih model untuk melihat anggaran tahunan. | |||
* Jadual ini merupakan ilustrasi berdasarkan pengiraan kadar rata dan bukan penyata amortisasi, baki penyelesaian awal atau settlement figure sebenar daripada pihak bank.
Soalan Lazim Loan Perodua
Berapa tempoh maksimum loan Perodua?
Tempoh pembiayaan kenderaan boleh sehingga 9 tahun bergantung kepada syarat pembiayaan, profil pemohon dan kelulusan pihak bank.
Adakah angka dalam calculator ini jumlah sebenar?
Tidak. Calculator ini menyediakan anggaran awal berdasarkan harga, deposit, kadar faedah dan tempoh yang anda masukkan. Ansuran sebenar tertakluk kepada quotation, kadar bank dan kelulusan pembiayaan.
Boleh kira full loan?
Ya. Tekan pilihan “Full Loan” untuk menetapkan deposit kepada 0%. Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan sebenar tetap tertakluk kepada kelayakan dan kelulusan pihak bank.
Kalau saya mahu deposit lebih daripada 10%?
Pilih “Custom” dan gunakan slider untuk menetapkan peratus deposit, atau tukar kepada RM untuk memasukkan jumlah deposit tertentu.
Kenapa kadar faedah boleh diubah?
Kadar pembiayaan boleh berbeza mengikut bank, profil pemohon, tempoh pinjaman dan pakej semasa. Fungsi ini membolehkan anda membuat beberapa simulasi ansuran.
Boleh saya terus semak kelayakan selepas kira ansuran?
Ya. Anda boleh menghantar ringkasan calculator melalui WhatsApp untuk semakan lanjut atau terus ke halaman Semak Kelayakan PeroduaSA.my.
Dah Tahu Anggaran Ansuran Anda?
Teruskan dengan semakan kelayakan atau bincangkan pilihan model, loan dan promosi Perodua bersama Sales Advisor.
